Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Selamat datang ke blog ini.
Memandangkan blog ini masih baru, izinkan saya perkenalkan diri saya.
Siapa saya?
=========
Nama diberi Nur Hazirah binti Azlan.
Dilahirkan pada 9 januari 1989 di Ipoh, Perak.
Membesar di Seremban Negeri Sembilan sejak berusia 11 tahun
dan pernah menetap di Bangsar Kuala Lumpur sejak berusia 2 tahun sehingga darjah 4.
Mendapat pendidikan di SRK (P) Methodist 1, Brickfield, SK Paroi, Seremban,
SMK Pendeta Za'ba, Seremban & SMT Tuanku Jaafar, Seremban.
Memperoleh Ijazah Pentadbiran Perniagaan (BBA) pada tahun 2011.
Bekerja sebagai Admin Operation Assistant di sebuah company swasta di Petaling Jaya.
Mengapa wujud kesedaran untuk saya berubah?
==================================
Pertama, saya pernah membuat piniaman dengan RHB Easy Loan sebanyak RM3,000.
Ini bermakna saya perlu membayar RM85 sebulan.
Kedua, saya turut membuat pinjaman ASB loan melalui RHB sebanyak RM30,000 yang
perlu dibayar selama 25 tahun. Maknanya setiap bulan saya perlu membayar RM185 sebulan.
Ketiga, memiliki kereta Proton Saga FLX sejak tahun 2013 dan perlu membayar RM490 sebagai ansuran bulanan kereta.
Keempat, turut mengambil insurans dari PruBSN yang mana setiap bulan perlu membayar RM130.
Kelima, tambang bulanan transport saya pergi balik Seremban-PJ adalah RM440 untuk KTM, LRT dan tambang bas.
So, bila dikira-kira semula saya mendapati gaji saya langsung tak cukup untuk saya bayar semua tu.
Malah saya terpaksa mengikat perut supaya duit yang ada cukup untuk ke tempat kerja.
Siapa yang menjadi inspirasi saya untuk berubah?
===================================
Satu hari ketika saya membuka Facebook, saya terlihat banyak pula iklan-iklan yang mengajak
saya menjana pendapatan sampingan.
Saya mula berminat dan tertarik dengan program-program tersebut.
Namun begitu, saya bukan memilih sebarangan program. yang mana nampak relevan, saya join la.
Pada November 2013, saya mengambil keputusan mempelajari affiliate daripada Tuan Rahman Basri setelah mendapat cd percuma yang dihantar kerumah saya melalui pos.
Banyak lagi saya perlu pelajari dalam dunia affiliate ni. Saya pernah menyertai cabaran affiliate anjuran Tuan Amir Asyraf & Tuan Faris Azaki menjual Skrip Pukau Pelanggan dan hanya berjaya menjual 2 unit e-book sahaja. Agak pelik jugak bagaimana mereka boleh menjual sehingga 100++ jualan tapi saya amat sukar untuk buat jualan sebanyak itu.
So, ini adalah turning point saya untuk bertindak mendalami dunia affiliate.
Moga apa yang saya rancang dan impikan dalam hidup akan membawa saya ke step yang lebih tinggi.
Insha Allah.....
Salam perkenalan,
Cik Ziera
www.facebook.com/zieraazlan
No comments:
Post a Comment